Monday, March 14, 2011

Widgets

RESTORAN PUTERA AYU |PADANG JAWA|

Review seterusnyea aku nak bawak korang semua ke sebuah restoran yang terletak di padang jawa s.alam, for sure kalau korang on the way nak ke padang jawa ni akan nampak restoran ni kat sebelah kanan anda. Apa yang membuatkan aku nak ke restoran ni? aku pon sebelom nak ke sini aku dah buntu nak cari tempat makan, kebetulan aku ni tak pernah missed la rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN kat TV3 tu. SO, sebab restoran ni di recommended oleh JJCM so maknanya mesti la sedap, kalau tak jatuh la reputasi rancangan ni yang selalunya akan mencari sebuah restoran yang unik dan lazat.  
Dipendekkan cerita kami datang dari KJ nak ke restoran dan sesampai je ke restoran tu alhamdulillah perkhidmatan parking yang disediakan memang tidak mengecewakan dan sangat memudahkan kami. Jadi kami dapat satu meja ni dan sangat mengejutkan dimana ada la pinggan dan cawan pelanggan sebelumnya kat meja kami, dah panggil 2-3 orang untuk clear table tapi dierang kata "ya" tapi ada kat 10 minit kami buat diam je la selepas dah 2-3 kali panggil dah ilang le semangat nak panggil lagi baru dierang clear table kami. As kami tengok menu yang terhidang and menu dia simple and typical restoran melayu, ok fine so,selain ada food biasa goreng2 ada jugak ikan bakar dierang bakar kat situ dan ada gak lauk hidang ikan siakap kukus ke..sweet sour ke.. ada semua tu, atas rujukan dari rancangan JJCM ni aku tak daye la nak makan ikan siakap sekor ke kan, so, mintak basic food je, kita nak test kedai tu bagus ke idak dari food yang simple pon dah cukup. So, kami order food berlainan semua, semua ada bihun kungfu, bihun ladna, nasi goreng ikan masin, mee hailam, and yang penting aku order TOMYAM and member aku order SUP TULANG, antara food tarikan katanya.  DUKACITA aku maklumkan food sini sangat tak sedap, takde perasaan dalam terms aku la. Bukan ape, tomyam as we know it kene ada basic masam, pedas dan manis, tapi dalam tomyam dia macam makan masak lemak tak pedas pon, and kuah dia sangat cair sama macam sup tulang yang daging daging nya dah direbus siap dan cuma ditambah dengan sup yang baru dimasak? jadi apa rasa daging tu? kosong je la. Then rasa Bihun kungfu and ladna, takde cukup garam ke apa, sayur OVERCOOKED, apa la food camni? Then Mee hailam pulok , mee dia tak rebus dulu and tak terkejutlah kami tak abehkan food kami tadi. :) Owh, kami pon order sotong goreng tepong, dan yang ini yang paling best sekali, bukan main tebal tepong dari sotong, mana  tak sakit ati, kami order plat paling besar tapi kesudahannya yang sampai tepong tu yang tebal :)
Selain dari food, aku tak berapa suke cara servis kedai melayu ni, dah banyak kali sangat kena la, takde sistematik macam satu server ni dia jaga satu area je, ini tak, terabur, sampai order orang pon terabur, yang sakit hati tu air kami dah siap kat station air, dierang dah panggil suruh pickup tapi dekat 8 minit takde sape pon nak amik, bila kami semua dah buat muka baru la nak alert tengok ada ke idak air untuk kami. 
Kesimpulan yang dapat aku buat kat sini, tak semua yang ditayangkan oleh rancangan mencari makanan best tu sedap dan memenuhi selera anak tekak kita. Dalam hal ni perlu jujur jugak dalam mengulas makanan daripada semua benda sedap walaupon tak sedap kena bagi komen yang rasional :) Kalau food base yang simple pun tak terdaya nak handle mohon maap je la. (mata pandang ke atas tangan di atas bahu)

menu card

fresh seafood

embiance

bihun kungfu

bihun ladna

tomyam

mee hailam

mee hailam

sup tulang

nasi goreng ikan masin

sotong goreng tepong (FAILED!)

not worth a plaque

TASTE: 2 of 5

PRICE RANGE: RM 4.50- RM 70.00

OVERALL: KO

ADDRESS:
RESTORAN PUTERA AYU
Lot 34486-2
Jalan Besar Padang Jawa
41300 Shah Alam
Web      : www.puteraayu.com
Phone   : (03) 5513 3759

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...